Cari Makanan ( Daun)

Sunday, June 13, 2010

PERJALANAN KE TEMBOK BESAR CHINA

Mimpi????!!!!!! Betul ke aku dah sampai ke salah satu keajaiban dunia????(bermonolog) Cubit pipi kanan cubit peha kanan yang kiri tak cubit kerana memag sah aku sudah sampai di Tembok Besar China. Ketawa dan menjerit dalam hati. (yea ker!!!) Tetiba teringat lirik lagi Sudirman.. "perjalanan jauh tak kurasa, kerna hati melonjak gembira'. Memang tidak pernah aku impikan untuk menjejakkan kaki ke sini. Namun syukur kerana aku diber peluang untuk berada di negara China dan melawat ke Tembok Besar China. Setiba di sana aku tergamam dan kagum dengan kehebatan Tembok Besar China. Bagaimanakah orang zaman dahulu membawa simen batu dan peralatan untuk membina Tembok Besar ini. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Tembok Besar China merupaka salah satu "keajaiban dunia". Perasaan kagum tetap berbekas dalam sanubari sampai ke hari ini. Dulu aku hanya melihat, mendengar dan  membaca salah sebuah buku di perpustakaan sekolah sahaja mengenai Keajaiban Dunia. Namun aku tidak mampu menawan dan menjelajah seluruh Tembok Besar ini. Aku hanya mampu mendaki dan sampai pondok yang ke-5 sahaja. Itupun aku termengah-mengah kerana tangga sangat curam dan agak licin disebabkan masih musim sejuk ketika lawatan diadakan. Syukur kerana perjalanan berjalana lancar tiada kemalagan jiwa dilaporkan. Hal ini kerana tiap-tiap tahun seprti yang dimaklumkan oleh pemandu pelancong akan berlaku kemalangan jiwa disebabkan para pengujung teruja dan tidak menjaga keselamatan. Moralnya, 'Ingatlah orang Tersayang"....^_^..

No comments:

Post a Comment