Mimpi????!!!!!! Betul ke aku dah sampai ke salah satu keajaiban dunia????(bermonolog) Cubit pipi kanan cubit peha kanan yang kiri tak cubit kerana memag sah aku sudah sampai di Tembok Besar China. Ketawa dan menjerit dalam hati. (yea ker!!!) Tetiba teringat lirik lagi Sudirman.. "perjalanan jauh tak kurasa, kerna hati melonjak gembira'. Memang tidak pernah aku impikan untuk menjejakkan kaki ke sini. Namun syukur kerana aku diber peluang untuk berada di negara China dan melawat ke Tembok Besar China. Setiba di sana aku tergamam dan kagum dengan kehebatan Tembok Besar China. Bagaimanakah orang zaman dahulu membawa simen batu dan peralatan untuk membina Tembok Besar ini. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Tembok Besar China merupaka salah satu "keajaiban dunia". Perasaan kagum tetap berbekas dalam sanubari sampai ke hari ini. Dulu aku hanya melihat, mendengar dan membaca salah sebuah buku di perpustakaan sekolah sahaja mengenai Keajaiban Dunia. Namun aku tidak mampu menawan dan menjelajah seluruh Tembok Besar ini. Aku hanya mampu mendaki dan sampai pondok yang ke-5 sahaja. Itupun aku termengah-mengah kerana tangga sangat curam dan agak licin disebabkan masih musim sejuk ketika lawatan diadakan. Syukur kerana perjalanan berjalana lancar tiada kemalagan jiwa dilaporkan. Hal ini kerana tiap-tiap tahun seprti yang dimaklumkan oleh pemandu pelancong akan berlaku kemalangan jiwa disebabkan para pengujung teruja dan tidak menjaga keselamatan. Moralnya, 'Ingatlah orang Tersayang"....^_^..
Jeritan BatinKu
Segala "isi perut" Aku Muntahkan Dalam Coretan... “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” bila diterjemahkan didalam versi siber menjadi “Ketukan papan kekunci lebih kuat dari letupan gunung berapi”.
Cari Makanan ( Daun)
Sunday, June 13, 2010
MENUNTUT ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGARA CHINA
Beijing Foreign Studies University(BFSU), China
"Menuntut Ilmu Biarlah Sampai Ke Negara China". Pepatah lama yang baru kusedari apabila berada di Beijing China. Aku berasa geli hati dan keliru. Pelbagai persoalan yang bermain di benak kotak fikiranku. "Kalau aku dah sampai di Negara China, maksudnya aku sudah tidak perlu menuntut ilmu di mana-mana lagi ker?!!"(bermonolog). Aku kira agak mengelirukan dengan peptah lama ini. Namun itu aku kira hanya sekadar monolog dalam diriku sahaja. Aku mencari apakah yang tersirat dengan pepatah ini. Menerusi pencarian yang aku baca, alkisah bermula suatu ketika dahulu. Orang tua dahulu ingin menggalakkan anak-anak muda untuk menuntut ilmu, justeru memilih China sebagai destinasi kerana dikatakan itulah destinasi yang dekat dengan Malaysia. Namun pendapat aku sendiri kerana melalui sejarah silam Kerajan Melayu Melaka denga China abad ke 15 adalah sangat akrab. Oleh kerana itu mereka memilih supaya anak-anak menuntut ilmu sampai ke Negara China. Kita pun sedia maklum bahawa hubungan Malaysia-China sampai sekarang sangat akrab. Apa-apa pun aku berasa sangat bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di salah sebuah universiti yang terulung di China juga iaitu Beijing Foreign Studies University(BFSU). Inilah kampus aku dan rakan-rakan menimba ilmu. BFSU adalah merupakan antara universiti yang pertama di China yang mempunyai pengkhususan dalam bahasa-bahasa asing di seluruh dunia. Kami mempelajari bahasa cina selama 45hari sahaja. Namun dengan berkat kegigihan dan kesabaran para "laoshi" di BFSU mendidik dan membimbing kami mampu mempelajari dan memahami bahasa Cina yang mudah dan asas sahaja tanpa rasa jemu. Bak kata pepatah, " Di mana ada kemahuan, di situ ada Jalan". dan "Usaha Tangga kejayaan. Kami semua bermula dengan 'zero" tanpa ada asas bahasa Cina. Kami mempelajari Fonetik ,Pinyin (bahasa Cina),Lisan, Penterjemahan, Pemahaman, Sejarah dan Kebudayaan China serta Ekonomi dan Perniagaaan di China. Kehidupan kampus di BFSU tidak jauh bezanya di Universiti Malaya. Bak kata pepatah, "Di mana langit di junjung, di situ bumi di pijak".
Saturday, June 12, 2010
ALKISAH ULAT BUKU
FANTASI dan mimpi di alam nyata berlaku ketika kita terlalu banyak berkhayal. Membaca novel atau buku cerita juga mampu membawa seseorang ke alam fantasi sehingga ia boleh terdorong menjadi ulat buku.
Memang sukar untuk menggalakkan orang membaca. Kerana minat membaca ini kemungkinannya adalah seperti bakat semula jadi seseorang. Kalau seseorang itu minat, ia dengan sendiri akan membaca tanpa digalak-galakkan. Kalau tidak minat, suruhlah macam mana pun, dia tidak akan minat.
Cuma apa yang boleh dilakukan hanya mendedahkan dan memudahkan kanak-kanak menyukai buku. Ia adalah dengan harapan supaya mereka sememangnya berbakat untuk minat pada buku akan terdorong kepadanya. Jika tidak, kemungkinannya minat dan bakat akan hilang begitu saja.
Seperti orang yang berbakat menyanyi. Kalau tidak digalakkan, ia akan hanya menyanyi di bilik air. Tetapi kalau digalakkan dan didedahkan, mungkin ia boleh berkembang menjadi kerjaya.
Cabaran bagi menggalakkan orang membaca lebih sukar sekarang. Kanak-kanak tentunya lebih cenderong untuk meluangkan masa untuk membaca atau bermain dengan komputer. Tetapi membaca yang lain daripada buku bukan sebenarnya membaca. Tidak sama membaca blog, facebook atau laman web dengan membaca buku.
Tetapi menyatakan bahawa minat membaca buku akan membawa kejayaan adalah merupakan satu mitos. Banyak orang yang berjaya tetapi tidak meminati buku. Sementara banyak orang yang meminati buku tetapi tidaklah berjaya dalam hidup. Terdapat banyak faktor untuk berjaya, dan membaca buku bukanlah salah satu faktornya.
Kini disedari bahawa masa depan membaca buku pasti akan berubah. Generasi masa depan akan membaca buku menggunakan e-reader. Orang yang minat membaca buku akan melakukannya menggunakan e-reader. Dalam hal ini anak-anak Malaysia mesti bersegera berhijrah daripada membaca buku cetak kepada e-reader. Begitu juga dengan penerbit buku di negara ini.
Dalam budaya baru ini, tentunya buku akan bersifat global, bukan saja dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi sudah tidak ada batas sempadan bagi kemasukan buku. Tidak ada sesiapa yang boleh mengharamkan buku.
Memang selama ini bagi para peminat buku, budaya mengharamkan buku dan menapiskan buku adalah suatu yang bukan saja mengecewakan tetapi dirasakan menghina daya fikir para ulat buku. Seolah-olah hanya dengan membaca sesuatu buku, seseorang itu boleh terpengaruh menjadi komunis, subversif, sesat atau murtad.
Lazimnya, membaca tidak boleh dipaksa tetapi, membaca perlu dipupuk dan diberi digalakkan dari kecil oleh ibu bapa. Rata-rata ramai berpendapat dengan cara membaca, kita dapat mempelajari perkataan baru di samping memantapkan lagi penguasaan bahasa. Hobi yang paling digemari sejak kecil ialah membaca. Apa saja bahan bacaan terutama novel dan buku cerita yang menarik pasti habis dibaca dalam tempoh singkat.
Membaca membawanya ke tempat lain seperti di dunia fantasi dan ia sangat menyeronokkan. Membaca dengan khusyuk serta memahami jalan cerita sangat mengkhayalkan sehingga kadang kala terlupa bahawa diri berada di dunia realiti.
Bagi saya, membaca novel dan buku cerita banyak kebaikannya. Hobi ini bermula sejak kecil lagi. Ia secara tidak langsung membantu seseorang itu mempelajari pelbagai perbendaharaan kata baru. Membaca novel dan buku cerita dalam bahasa Melayu membantu saya memantapkan penggunaan bahasa berkenaan.
Saya gemar membaca novel berbahasa Melayu sejak kecil..Antara buku yang saya gemar membaca ialah jenis percintaan, kekeluargaan, penyiasatan, fiksyen dan motivasi .Buku cerita jenis percintaan selalunya penuh dengan kisah dari kehidupan sebenar.
Sejak di tadika saya telah mula meminati membaca buku. Buku pertama yang dibaca ialah Kura-kura dengan Arnab . Buku Cerita ini memberi nilai dan pengajaran yang bermakna kepada diri saya. Sampai sekarang saya menjadi seperti kura-kura. Biar lambat asalkan selamat.
Minat membaca saya makin menebal apabila melangkah ke sekolah rendah dan menengah. Sekolah menengah saya mula berjinak membaca novel remaja atau lebih ke arah percintaan. Minat ini mula bercambah apabila berada di tingkatan 2 dengan membaca Novel Norhayati Ibrahim dan Aisya Sofea. Novel Pertama ialah Cinta Pertama dan Kau Yang Satu.
Friday, June 11, 2010
Aku Nak Muntahkan Isi Perut Melalui Lagu..
Teman Tapi Mesra
Aku punya teman
Teman sepermainan
Kemana ada dia selalu ada aku
Dia amat manis
Juga baik hati
Dia selalu ada waktu
Untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia kataka
Tuk ingin jadi kekasihku
Cukuplaha saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Aku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
*** Aku paling benci dengan rangkap terakhir ini...
Aku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya..
Rangkap ini membuat aku berasa jelik, nak muntah darah dan sewaktu denganya. Jika anda berada di dalam situasi ini pasti akan turur merasai apa yang aku rasa... Bukan membenci lagu ini.. aku suka melodinya.. tapi lirik memang sangat sesuai dengan keadaan diriku sekarang.. Lama aku mendengar lagu ini... Pelbagai perasaan yang timbul suka, marah, geram, benci dan segalanya... Semua berpunca daripada perkataan "Kawan Baik"... lagu Cinta 3 Segi dan Love Hurtz juga menjadi teman setia halwa telingaku... Pelbagai persoalan yang bermain dalam kotak fikiranku..Adakah? Salahkah? Akukah? Mengapakah?Bagaimanakah?Siapakah?
Aku punya teman
Teman sepermainan
Kemana ada dia selalu ada aku
Dia amat manis
Juga baik hati
Dia selalu ada waktu
Untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia kataka
Tuk ingin jadi kekasihku
Cukuplaha saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Aku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
*** Aku paling benci dengan rangkap terakhir ini...
Aku memang suka dirimu
Namun aku ada yang punya..
Rangkap ini membuat aku berasa jelik, nak muntah darah dan sewaktu denganya. Jika anda berada di dalam situasi ini pasti akan turur merasai apa yang aku rasa... Bukan membenci lagu ini.. aku suka melodinya.. tapi lirik memang sangat sesuai dengan keadaan diriku sekarang.. Lama aku mendengar lagu ini... Pelbagai perasaan yang timbul suka, marah, geram, benci dan segalanya... Semua berpunca daripada perkataan "Kawan Baik"... lagu Cinta 3 Segi dan Love Hurtz juga menjadi teman setia halwa telingaku... Pelbagai persoalan yang bermain dalam kotak fikiranku..Adakah? Salahkah? Akukah? Mengapakah?Bagaimanakah?Siapakah?
Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan? Apatah Lagi "Kawan Baik"
Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.
Bicara Karang
Aku,
Bicara,
Peduli apa?
Akan kupertahankan,
Maruah,
Kemerdekaan,
Kuasa ,
Dan hak hakiki,
Berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan,
Akan kupahat dalam sanubari,
Pantang mengundur sebelum mengalah,
Akan mendalami nilai jati diri,
Aku tidak bersua bukan kerana benci,
Tapi memelihara keharuman budaya.
Bicara,
Peduli apa?
Akan kupertahankan,
Maruah,
Kemerdekaan,
Kuasa ,
Dan hak hakiki,
Berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan,
Akan kupahat dalam sanubari,
Pantang mengundur sebelum mengalah,
Akan mendalami nilai jati diri,
Aku tidak bersua bukan kerana benci,
Tapi memelihara keharuman budaya.
Sejarah Mungkin Berulang
Bukan satu keajaiban,
Mencari satu kesamaan,
Perbezaan bukan penghalang,
Walaupun tidak semegah empayar Sriwijaya,
Walaupun tidak termasyhur Kesultanan Melayu Melaka,
Walaupun tidak sesohor Laksama Hang Tuah,
yang telah termaktub dalam sejarah,
akan terhakis segalanya mengikut tiupan,
ikutan bayu segala kenangan,
warisan dan sejarah dalam ingatan.
Tidakkah bicara lebih mengerti,
dengan senario akhlak terkini?
Hari ini,
kestabilan mula tergugat,
ada mencipta sejarah,
ada mempersoalkan hak nusantara,
ada menguji kesucian "Perlembagaan",
ada juga memfalsafah peranan laksamana,
tapi ada unsur membenamkan kesahihan kesultanan Melayu,
sebab tiada bicara punca ceritera.
Guna apalah marah-marah,
atau memekik,
sudah banyak bicara dewasa ini, sukar membuang kebiasaan warisan,
sejarah yang dipusakai ini.
~~sajak ini dicoretkan pd 31/10/2009 ketika aku menyertaii perkampungan penulis satu M'sia~~
Mencari satu kesamaan,
Perbezaan bukan penghalang,
Walaupun tidak semegah empayar Sriwijaya,
Walaupun tidak termasyhur Kesultanan Melayu Melaka,
Walaupun tidak sesohor Laksama Hang Tuah,
yang telah termaktub dalam sejarah,
akan terhakis segalanya mengikut tiupan,
ikutan bayu segala kenangan,
warisan dan sejarah dalam ingatan.
Tidakkah bicara lebih mengerti,
dengan senario akhlak terkini?
Hari ini,
kestabilan mula tergugat,
ada mencipta sejarah,
ada mempersoalkan hak nusantara,
ada menguji kesucian "Perlembagaan",
ada juga memfalsafah peranan laksamana,
tapi ada unsur membenamkan kesahihan kesultanan Melayu,
sebab tiada bicara punca ceritera.
Guna apalah marah-marah,
atau memekik,
sudah banyak bicara dewasa ini, sukar membuang kebiasaan warisan,
sejarah yang dipusakai ini.
~~sajak ini dicoretkan pd 31/10/2009 ketika aku menyertaii perkampungan penulis satu M'sia~~
Subscribe to:
Posts (Atom)





