FANTASI dan mimpi di alam nyata berlaku ketika kita terlalu banyak berkhayal. Membaca novel atau buku cerita juga mampu membawa seseorang ke alam fantasi sehingga ia boleh terdorong menjadi ulat buku.
Memang sukar untuk menggalakkan orang membaca. Kerana minat membaca ini kemungkinannya adalah seperti bakat semula jadi seseorang. Kalau seseorang itu minat, ia dengan sendiri akan membaca tanpa digalak-galakkan. Kalau tidak minat, suruhlah macam mana pun, dia tidak akan minat.
Cuma apa yang boleh dilakukan hanya mendedahkan dan memudahkan kanak-kanak menyukai buku. Ia adalah dengan harapan supaya mereka sememangnya berbakat untuk minat pada buku akan terdorong kepadanya. Jika tidak, kemungkinannya minat dan bakat akan hilang begitu saja.
Seperti orang yang berbakat menyanyi. Kalau tidak digalakkan, ia akan hanya menyanyi di bilik air. Tetapi kalau digalakkan dan didedahkan, mungkin ia boleh berkembang menjadi kerjaya.
Cabaran bagi menggalakkan orang membaca lebih sukar sekarang. Kanak-kanak tentunya lebih cenderong untuk meluangkan masa untuk membaca atau bermain dengan komputer. Tetapi membaca yang lain daripada buku bukan sebenarnya membaca. Tidak sama membaca blog, facebook atau laman web dengan membaca buku.
Tetapi menyatakan bahawa minat membaca buku akan membawa kejayaan adalah merupakan satu mitos. Banyak orang yang berjaya tetapi tidak meminati buku. Sementara banyak orang yang meminati buku tetapi tidaklah berjaya dalam hidup. Terdapat banyak faktor untuk berjaya, dan membaca buku bukanlah salah satu faktornya.
Kini disedari bahawa masa depan membaca buku pasti akan berubah. Generasi masa depan akan membaca buku menggunakan e-reader. Orang yang minat membaca buku akan melakukannya menggunakan e-reader. Dalam hal ini anak-anak Malaysia mesti bersegera berhijrah daripada membaca buku cetak kepada e-reader. Begitu juga dengan penerbit buku di negara ini.
Dalam budaya baru ini, tentunya buku akan bersifat global, bukan saja dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi sudah tidak ada batas sempadan bagi kemasukan buku. Tidak ada sesiapa yang boleh mengharamkan buku.
Memang selama ini bagi para peminat buku, budaya mengharamkan buku dan menapiskan buku adalah suatu yang bukan saja mengecewakan tetapi dirasakan menghina daya fikir para ulat buku. Seolah-olah hanya dengan membaca sesuatu buku, seseorang itu boleh terpengaruh menjadi komunis, subversif, sesat atau murtad.
Lazimnya, membaca tidak boleh dipaksa tetapi, membaca perlu dipupuk dan diberi digalakkan dari kecil oleh ibu bapa. Rata-rata ramai berpendapat dengan cara membaca, kita dapat mempelajari perkataan baru di samping memantapkan lagi penguasaan bahasa. Hobi yang paling digemari sejak kecil ialah membaca. Apa saja bahan bacaan terutama novel dan buku cerita yang menarik pasti habis dibaca dalam tempoh singkat.
Membaca membawanya ke tempat lain seperti di dunia fantasi dan ia sangat menyeronokkan. Membaca dengan khusyuk serta memahami jalan cerita sangat mengkhayalkan sehingga kadang kala terlupa bahawa diri berada di dunia realiti.
Bagi saya, membaca novel dan buku cerita banyak kebaikannya. Hobi ini bermula sejak kecil lagi. Ia secara tidak langsung membantu seseorang itu mempelajari pelbagai perbendaharaan kata baru. Membaca novel dan buku cerita dalam bahasa Melayu membantu saya memantapkan penggunaan bahasa berkenaan.
Saya gemar membaca novel berbahasa Melayu sejak kecil..Antara buku yang saya gemar membaca ialah jenis percintaan, kekeluargaan, penyiasatan, fiksyen dan motivasi .Buku cerita jenis percintaan selalunya penuh dengan kisah dari kehidupan sebenar.
Sejak di tadika saya telah mula meminati membaca buku. Buku pertama yang dibaca ialah Kura-kura dengan Arnab . Buku Cerita ini memberi nilai dan pengajaran yang bermakna kepada diri saya. Sampai sekarang saya menjadi seperti kura-kura. Biar lambat asalkan selamat.
Minat membaca saya makin menebal apabila melangkah ke sekolah rendah dan menengah. Sekolah menengah saya mula berjinak membaca novel remaja atau lebih ke arah percintaan. Minat ini mula bercambah apabila berada di tingkatan 2 dengan membaca Novel Norhayati Ibrahim dan Aisya Sofea. Novel Pertama ialah Cinta Pertama dan Kau Yang Satu.

No comments:
Post a Comment