Beijing Foreign Studies University(BFSU), China
"Menuntut Ilmu Biarlah Sampai Ke Negara China". Pepatah lama yang baru kusedari apabila berada di Beijing China. Aku berasa geli hati dan keliru. Pelbagai persoalan yang bermain di benak kotak fikiranku. "Kalau aku dah sampai di Negara China, maksudnya aku sudah tidak perlu menuntut ilmu di mana-mana lagi ker?!!"(bermonolog). Aku kira agak mengelirukan dengan peptah lama ini. Namun itu aku kira hanya sekadar monolog dalam diriku sahaja. Aku mencari apakah yang tersirat dengan pepatah ini. Menerusi pencarian yang aku baca, alkisah bermula suatu ketika dahulu. Orang tua dahulu ingin menggalakkan anak-anak muda untuk menuntut ilmu, justeru memilih China sebagai destinasi kerana dikatakan itulah destinasi yang dekat dengan Malaysia. Namun pendapat aku sendiri kerana melalui sejarah silam Kerajan Melayu Melaka denga China abad ke 15 adalah sangat akrab. Oleh kerana itu mereka memilih supaya anak-anak menuntut ilmu sampai ke Negara China. Kita pun sedia maklum bahawa hubungan Malaysia-China sampai sekarang sangat akrab. Apa-apa pun aku berasa sangat bangga kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di salah sebuah universiti yang terulung di China juga iaitu Beijing Foreign Studies University(BFSU). Inilah kampus aku dan rakan-rakan menimba ilmu. BFSU adalah merupakan antara universiti yang pertama di China yang mempunyai pengkhususan dalam bahasa-bahasa asing di seluruh dunia. Kami mempelajari bahasa cina selama 45hari sahaja. Namun dengan berkat kegigihan dan kesabaran para "laoshi" di BFSU mendidik dan membimbing kami mampu mempelajari dan memahami bahasa Cina yang mudah dan asas sahaja tanpa rasa jemu. Bak kata pepatah, " Di mana ada kemahuan, di situ ada Jalan". dan "Usaha Tangga kejayaan. Kami semua bermula dengan 'zero" tanpa ada asas bahasa Cina. Kami mempelajari Fonetik ,Pinyin (bahasa Cina),Lisan, Penterjemahan, Pemahaman, Sejarah dan Kebudayaan China serta Ekonomi dan Perniagaaan di China. Kehidupan kampus di BFSU tidak jauh bezanya di Universiti Malaya. Bak kata pepatah, "Di mana langit di junjung, di situ bumi di pijak".

No comments:
Post a Comment